Tuesday 15 March 2011

Tsunami & Gempa Bumi Japang Bala dari Allah ?

Sebelum ni aku ada tulis artikel mengenai "Hotel Love" dimana, Negara Jepun iaitu Negara yang termaju dan tercanggih dari segi Teknologi, Keselamatan. Negara Jepun juga telah membina "Hotel Love" di mana tempat untuk melepaskan nafsu untuk rakyat Jepun.. dengar macam terkejut kan? Nak tau lebih lanjut kena baca entri "Di Jepun Ada Hotel Love" <--KLIK UNTUK CERITA PANAS NI.. 


Lepas tu aku buat plak entri terlatest mengenai "Disebalik Tsunami Jepun, tersingkap tersurat dan tersirat"  <-- KLIK UNTUK BACA.. tanda-tanda Negara itu akan dilanda badai..
Wallahualam..


Tapi yang menguatkan lagi pasal tragedi Tsunami Jepun ni, sedang aku search Internet baca tentang keadaan terkini Tsunami Jepun tu, aku terbaca plak artikel ni.. mula-mula macam tak percaya, tapi... ada masuk akal jugak.. ye lah, aku ni tak arif sangat tentang agama, tapi input yang boleh masuk akal, tak salah aku share dengan korang kan? So, kali ni entri 
berkenaan "Disebalik Tsunami Jepun Mengikut AL-QURAN" 


JOM BACA!!


Bissmillahhirrahmannirrahim..
SUBHANALLAH... HIKMAH DITEMUI SELEPAS BERLAKUNYA SUATU KEJADIAN....


Sekarang ni hangat orang dok memperkatakan tentang isu tsunami dan gempa bumi di Jepun yang memusnahkan hampir keseluruhan Wilayah Sendai pada hari Jumaat yang lalu.

Jom kita singkap kisah dan fakta di sebalik kejadian tsunami Jepun 11.03.2011.


Fakta kejadian Tsunami di Jepun:-Tarikh : 11 Mac 2011 bersamaan dengan 6 Rabiulakhir 1432HRabiulakhir adalah bulan keempat dalam Islam, jadi 11.03.2011 bersamaan dengan 06.04.1432H

Pembuktian dilakukan disebalik tarikh Hijrah ini iaitu 06.04.1432H.
1432 kita cerakinkan menjadi 14||32
Jawapannya boleh diperoleh dari Juz ke-14 di dalam Al-Quran iaitu bermula dengan Surah Al-Hijr. Tsunami berlaku pada bulan 4. Kita singkap ayat keempat dari Juz ke-14 ini..


"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang ditetapkan baginya."

Pembuktian seterusnya adalah lokasi. Atau lebih tepat lagi kedudukan berlakunya tsunami ini iaitu di Negara Jepun. Paling tepat di Wilayah Sendai. Kedudukan Geografi Jepun adalah pada Latitude 36, Longitude 138.
Dari tahun kejadian iaitu 1432, kita telah ketahui akan berlakunya malapetaka seperti yang disebutkan dalam juz ke-14. Kita cerakinkan pula 32 menjadi 3||2.

Ambil pula lokasi latitude dan longitude Jepun dan tambahkan angka di dalamnya..

3+6+1+3+8 = 21 kemudian 2+1 = 3..
Maka terbuktilah nombor 3 menjadi pilihan..Nombor 3 yang dimaksudkan dalam proses cerakin di atas adalah negara Jepun.

Ambil pula lokasi latitude dan longitude Wilayah Sendai
Latitude 38'15 dan Longitude 140'53
Buat proses penambahan seperti sebelumnya..

3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30 kemudian 3+0 = 3

Terbukti: nombor 3 yang tertulis dimaksudkan wilayah Sendai.

Seterusnya kita lihat pada angka 6. Iaitu pada hari ke-6 bulan ke-4 Islam itu.
Jabatan Meteorologi Rusia melaporkan kejadian tsunami berlaku pada jam 1446 mengikut waktu di Jepun.
Seperti proses yang dilakukan sebelumnya, kita ulang lagi.

1+4+4+6 = 15 kemudian 1+5 = 6
angka 6 disini membuktikan masa kejadian tsunami berlaku.


Dari tahun 1432H, setelah dicerakinkan kepada 14||32, kita cerakinkan pula angka 1 dan 4. Angka 1 boleh diambil sebagai permulaan hari. Dan di dalam kalendar Islam, Jumaat merupakan permulaan hari untuk minggu tersebut. Jadi, angka 1 merujuk kepada hari berlakunya kejadian tersebut.

Lihat..betapa benarnya ayat-ayat yang diturunkan di dalam Al-Quran. Segala sesuatu yang tertulis akan tetap berlaku. Walaupun sudah berabad lamanya kitab Al-Quran ini diturunkan kepada kita, umat nabi Muhammad. Walaupun zaman semakin berubah, Naskhah Al-Quran tetap kekal sepanjang zaman.

Dipercayai terdapat banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat diketahui dalam tarikh ini. Namun, apa yang tertulis dan terbukti ini pun telah membuatkan kita lihat sendiri betapa mulia dan agungnya kitab Al-Quran ini. Setiap sesuatu yang berlaku di dunia ini telah pun disebutkan di dalam Al-Quran. Hanya tinggal kita untuk mengkaji kalam-NYA. Wallahualam..


Yang benar itu datangnya dari ALLAH dan segala sesuatu yang buruk itu diatas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam..
ambil pengajaran dan fikirkan sejenak, siapalah kita kalau nak dibandingkan dengan tuhan.. bila tuhan murka, musibah akan diturunkan serta merta kepada kita.. sama-samalah kita memuhasabah diri.. 
Wallahualam.


P/S : Dimanakah Oltromen? Pokemon? Power Rangers?  Doraemon? mase Tsunami melanda Japang? hehe :))


Google info :



Sumber entri :

Monday 7 March 2011

AKU ADE BLOG, KO ADE ?


Guys u'r welcum 2 dis blog, "Cerita Kedai Kopi Sameon bin Kulop"

Alhamdulilah akhirnye, terbentuk lah blog ni setelah sekian lama utk menghasilkannye. Mungkin rase kejelesan yg teramat tinggi kat member2 yg ade blog sendiri dan ak kempunan yg teramat sgt maka ak menghasilkan blog ini pada waktu yg sgt tidak sesuai sbb ak tgh final paper la weyyy !! Sori lah kalo blog cukup2 makan je, hehe.. sbb byk agy benda yg harus dipikirkan selain mendekorasikan blog ni. Biase2 lah amatur katakan, kalo yg pro tu, "Sila ajarku sifu" kepada budak ingusan yg setahun jagung nie :) :) :) Ingusan ke? itu lain kali lah kite kupas kan yer. Guys hope korg kasi kutukan membina yang boleh merangsang kekreativiti ak utk memperbaiki blog nie dan obviously bukan merangsang yer. Harap maklum :) :) :) Kat sini ak nak terangkan gak kpd yg nak cube2 wat blog sendiri . Korg ley follow je step yg akan diterangkan secara xbape nak detail lah sgt kat bawah nie. Kalo nak taw Google-LAH sendiri yer :) :) :)

obviously lah yg paling penting untuk wat BLOG ialah korg kena ade tenet , kalo x mmg x yah nak kecoh2  nak wat blog. Dunia dah maju zaman dah berubah kot, sekarang nak akses tenet bukan susah mane dah ade wi-fi, prepaid&postpaid berukband , cc yg disukai oleh anak2 teruna zaman skrg dll agy la beb kang klu ak citer dah nampak mcm ak kuat mebebel plak kan .



Jadi,aku nak tunjukkan kepada mereka2 yg teringin nak wat blog sendiri bagaimana nak wat blog yer. Kalo rase konpius agy sile google-LAH yer :) :) :)

Daftar di Blogspot

Untuk menggunakan Blogspot, anda haruslah mempunyai satu akaun Google terlebih dahulu (contohnya Gmail atau Orkut). Jika anda mempunyai akaun Google, anda boleh terus sign in pada laman web Blogspot.
Jika tidak, anda perlu terlebih dahulu, mendaftar di Blogspot. Pergi ke laman web Blogspot dan klik pada butang “Create Your Blog Now“. Kemudian, ikuti 3 langkah mudah berikut:




  1. Buat satu akaun Google. Isikan borang yang diberi dengan maklumat-maklumat yang berkenaan. Setelah siap, tekan butang “Continue”.
    Pendaftaran Blogger




    (klik imej untuk besarkan)




  2. Namakan blog anda. Berikan nama bagi blog anda. Jangan risau kerana nama ini boleh diubah di kemudian hari jika anda mahu. Apa yang penting adalah tentukan alamat URL bagi blog tersebut. Alamat inilah yang akan ditaip pada Internet Explorer untuk pergi ke blog anda. AlamatURL ini akan kekal, dan tak boleh diubah lagi selepas ini.
    Pendaftaran Blogger




    (klik imej untuk besarkan)




  3. Pilih template. Pilih mana-mana template, iaitu rupa bagi blog anda. Template ini juga boleh diubah pada bila-bila masa.
    Pendaftaran Blogger




    (klik imej untuk besarkan)
Setelah ketiga-tiga langkah tersebut berjaya, mesej seperti di bawah ini akan dipaparkan, menandakan blog anda telah berjaya dibina:
Pendaftaran Blogger

Mulakan Menulis!

Kini blog anda telah sedia dibina. Anda boleh mula menulis entri baru di bahagian “Posting > Create”.
Blogger
Sekarang, tulislah apa sahaja yang anda mahu. Setelah selesai, klik pada “Publish post” dan entri tersebut akan dipaparkan pada blog anda.
Blogger
Berikut adalah contoh blog yang dihasilkan. Mudahkan?
Blogger





(klik imej untuk besarkan)

Ubahsuai Rupa Blog Anda

Dalam Blogspot, bahagian sidebar biasanya digunakan untuk meletakkan profil anda, arkib, link ke blog atau laman web lain, dan sebagainya. Untuk mengubahsuai bahagian sidebar ini, pergi kepada “Layout > Page Elements”
Blogger
Klik pada “Add a Page Element” untuk menambahkan elemen baru pada sidebar anda. Klik “Edit” pada mana-mana elemen untuk mengubahsuai bahagian tersebut. Setelah siap, klik pada butang “Save” dan ia akan dipaparkan pada blog anda.
Blogger
Contoh sidebar yang dihasilkan:
bloggero-06

Nota kaki : Ha! Hey kawan! Dah siap aku buat tutorial nie.. Nanti buat lah..ok?? 
Tutorial cara membuat blog.  Jadi, kalau anda ingin tips berkenaan komputer. Boleh lah meng"GOOGLE" di www.google.com